Thursday, February 21, 2013

Blog berhabuk!

Dah 2 tahun blog ni tak di usik. Kalau buku di atas almari confirm berhabuk 1 inci dah ni. Pernah terfikir nak update tahun lepas tapi rasa macam tak pandai mengarang cerita, tak pandai nak tulis ayat berbunga2 dan memang tak kreatif, so aku simpan jer blog ni.

Hari ni aku nak buka balik blog lama ni. Tapi sebelum tu....tepi sikit nak suruh bibit aku tiup habuk ni, masuk lubang hidung korang ni nanti bersin tak henti2 pulak.

Fuuuuuuh!! Fuuuuuuuuii!




haaaa...dah bersih pun. *gabuih gabuih sikit screen korang habuk melekat..

Layan kejap coretan2 lalu....(ambil masa buka blik entry2 lalu yg penuh dramatik)

Pandai juga aku membuat cerita rupanya...tak sangka la. Power juga ayat2 aku ni.

 Aku ni dulu masa zaman sekolah pandai mengarang cerita merapu rapu sampai spm trial aku fail BM! Terlebih mengarang sampai terpesong karangan aku dari tajuk yg diberi. Dapat markah format jer. markah kesian dr cikgu Fadzilah. Emmmmm...tu trial, so aku tak ambil kisah. Ujian pemanas badan katakan. Aku bangkit kembali untuk karangan bermutu tinggi masa exam spm. Hasilnya aku berjaya tak fail...hahahahaha! cukup setakat tu utk pengetahuan seisi alam!

Kali ni aku berjanji akan terus menerus tanpa henti, biar lampu merah menyala, lupakan AES, akan ku pecut jauh menghasilkan cerita cerita berMuthu, berAli dan berAbu. Inilah janjiku pada mu, BLOG : Langkah semalam.

Tuesday, December 14, 2010

Kelas Malam Matematik


Pernah tak terfikir macam mana kita boleh tahu 1+1 jawapannya 2?
Jawapan dia sebab kita hafal kan? tak perlu kira dengan jari pun.

Aku melalui detik2 sukar untuk mengajar Matematik pada si comel Alya Damia Aqilah. Anak sulong aku ni 15 hari lagi mulalah alam persokolahan darjah satu dia. Kita yang tak bertauliah nak mengajar budak2 ni bukannya senang.

Malam ni aku cuba selami macammana dia faham cara membuat penambahan. Setelah diajukan beberapa soalan nampak gayanya dia gagal memberi jawapan yang tepat. Timbul persoalan dalam diri aku "Macammana cikgu sekolah tadika mengajar ni?"

Imbas kembali zaman aku kecik2 dulu. Waktu tu tadika 6 tahun aku rasa IQ aku tinggi juga. Aku dah boleh tahu sifir 2,5,10 dan 11 tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Aku dapat tengok kesamaan jawapan dan jawapan yang berulang2. Aku tak hafal tapi aku tahu macam mana nak dapatkan jawapannya.

So malam ni dengan skill matematik yang ada aku hasilkan satu carta penambahan dan aku berjaya membuatkan si Alya menjawab soalan matematik tanpa mengira, dia tersenyum sambil berkata.."Abah, kakak dah tahu jawapan dia"

Pointnya malam ni, aku kena bantu Alya hasilkan gambarajah yang memudahkan dia memahami sesuatu. Kena jadi cikgu kelas malam la pulak lepas ni!

Gook Luck Alya. Jadi macam abah pandai matematik!

Tuesday, December 7, 2010


Awal Muharam tiba lagi. Azam tahun lepas masih tidak disempunakan 100%, niat untuk berhijrah nampaknya kena bawa ke tahun baru. Nak salahkan siapa, perancangan telah dibuat tapi perlaksanaannya kurang dituruti. Salahnya diri yang tidak disiplin pada apa yang telah diatur.
Tahun ini kena perbaiki kelemahan yang dikenal pasti tahun lepas agar cita2 dan misi 'hijrah' dalam diri aku ni berjaya dilaksanakan.- Amin

Sunday, May 24, 2009

Percutian di Cameron Highland




Hari cuti perkerja baru2 ni aku plan nak balik kampung Seberang Jaya. Tujuan tu nak hantar kereta orang tua aku yang dipinjam hampir 6 bulan. Dah lama tak balik kampung, so excited gile! Tapi wife aku ada agenda lain nak disuruh, "On the way balik dari Puchong ke Penang nak singgah Cameron Highland. Nak breakfast minum teh kat ladang teh BOH!". Wife aku mengandung dah 7 bulan, mengidam lah tu.


So, plan nak bertolak tu awal2 pagi, agak2 boleh breakfast kat Cameron, tapi lain cerita jadiknya. tengah hari baru nak bertolak. Jadi bukan breakfast yang dapat tapi minum teh petang. Nikmat gile minum teh atas tu, dengan permandangan yang cantik, RM3 segelas..perghhh!! Berbaloi!

Thursday, July 26, 2007

Salam perkenalan..

Alya suka memerhati sesuatu yang dia minat. Terutama kanak2. Alya pandai membezakan yang mana kakak, abang dan baby. Asal jumpa saja sesiapa yang dia minat pasti ditegurnya. Ajak main lah tu agaknya.

Tuesday, March 27, 2007

Suatu petang di Putrajaya



"Kakak tak pandai kayuh la abah. Abah tolak basikal kakak laju-laju."

"Abah kakak tak pandai naik basikal..."

Basikal registered plat 'Putrajaya 8000'
Denganbasikal ni, Alya nak kayuh laju2..


Camnilah Alya tiap2 ari hujung minggu..
Bersantai di Putrajayee!! Putrajaya di kala senja.

Monday, March 26, 2007

Amoi

Alya bergaya dengan sapu tangan. Cantik tak?
Macam nak meniaga kuih pau jer! Ni gaya menarik dengan sapu tangan