Thursday, February 21, 2013

Blog berhabuk!

Dah 2 tahun blog ni tak di usik. Kalau buku di atas almari confirm berhabuk 1 inci dah ni. Pernah terfikir nak update tahun lepas tapi rasa macam tak pandai mengarang cerita, tak pandai nak tulis ayat berbunga2 dan memang tak kreatif, so aku simpan jer blog ni.

Hari ni aku nak buka balik blog lama ni. Tapi sebelum tu....tepi sikit nak suruh bibit aku tiup habuk ni, masuk lubang hidung korang ni nanti bersin tak henti2 pulak.

Fuuuuuuh!! Fuuuuuuuuii!




haaaa...dah bersih pun. *gabuih gabuih sikit screen korang habuk melekat..

Layan kejap coretan2 lalu....(ambil masa buka blik entry2 lalu yg penuh dramatik)

Pandai juga aku membuat cerita rupanya...tak sangka la. Power juga ayat2 aku ni.

 Aku ni dulu masa zaman sekolah pandai mengarang cerita merapu rapu sampai spm trial aku fail BM! Terlebih mengarang sampai terpesong karangan aku dari tajuk yg diberi. Dapat markah format jer. markah kesian dr cikgu Fadzilah. Emmmmm...tu trial, so aku tak ambil kisah. Ujian pemanas badan katakan. Aku bangkit kembali untuk karangan bermutu tinggi masa exam spm. Hasilnya aku berjaya tak fail...hahahahaha! cukup setakat tu utk pengetahuan seisi alam!

Kali ni aku berjanji akan terus menerus tanpa henti, biar lampu merah menyala, lupakan AES, akan ku pecut jauh menghasilkan cerita cerita berMuthu, berAli dan berAbu. Inilah janjiku pada mu, BLOG : Langkah semalam.